Rabu, 20 Februari 2013

ARABIAN EXPLORER vs ASIAN CONQUERER

Assalamualaikum Warahmatullah w.b.r...

SALAM 1 MALAYSIA....

              Semenjak pelancaran operasi ATV EXTREME ZONE Langkawi, kami telah menerima berbagai tempahan untuk menaiki ATV kami . Tetamu kami terdiri dari pelbagai warna kulit dan datang dari berbagai negara .

         ATV EXTREME ZONE Langkawi merasa bangga dapat menjadi "Duta Kecil Tidak Rasmi " negara dalam memperkenalkan budaya dan alam semulajadi Langkawi.

Sesungguhnya.. Allah telah menganugerahkan Langkawi dengan beribu keindahan dan keasyikan.

Buat masa ini pelanggan / tetamu ATV's kami terdiri dari beberapa negara Teluk seperti Arab Saudi, Qatar , Syria , Oman , UAE. Manakala tetamu dari ASIA pulak yang ramai adalah dari India, Brunei,Taiwan dan Malaysia sendiri .. Ada macam-macam kerenah dan warna warni dalam melayan pelanggan kami ..

Inilah Tetamu kami yang sempat dirakamkan melalui lensa kami...


                                                      From BRUNEI with love ...
 
 
Ooohh.. Jang & Milah... NOGORI SEMBILAN connection ...
 
 
                                                         TNB SPECIAL SQUAD - Tower guards in action
 

 
 

MUMBAI Voyagers....
 
SAUDI ARABIAN Explorer ...
 

 
  ARABIAN CatWomen... Naik ATV dgn Purdah lagi ... Very Islamic Exploration..


Little ARABIAN Cinderella ..
 menikmati tembikai segar dari Farm ( Petik sendiri )

KURSUS "TEKNIK PEMANDUAN ATV( BASIC)"




Assalamualaikum Warahmatullah w.b.r..

SALAM 1 MALAYSIA.....

                     Pada 17/02/2013   ATV EXTREME ZONE   telah berpeluang mengadakan satu sesi Kursus "Teknik Pengendalian ATV ( Basic)" di Perkarangan Parking LADA Langkawi. Kursus dijalankan secara kolobrasi bersama Kolej Komuniti Langkawi sempena Karnival Program "Semarak Kasih Bersama Rasulullah" .

Seramai hampir 35 peserta terdiri dari Siswa/Siswi Kolej Komuniti Langkawi serta Pensyarah Kolej telah mendaftarkan diri bagi menyambut cabaran menyertai sukan permotoran lasak ini. Terdapat juga peserta kursus dari kalangan pengunjung tapak karnival yang turut serta mendaftarkan diri.

                ATV EXTREME ZONE   dibantu oleh 2 tenaga pengajar mahir ( Sifu Rosli / Sifu Hanif - Marshall ) telah berjaya mengendalikan kursus tersebut tanpa sebarang kecederaan atau masalah. Manakala Cik Puteri bertugas di ATV Base . Kedua Sifu di atas dan petugas ATV Base dengan segala kepakaran yang ada telah mengajar serta mengiringi peserta-peserta mengendalikan ATV dengan berkesan.
 
                     Adapun .... kejayaan kursus ini juga adalah di atas inisiatif peserta sendiri kerana mempamerkan disiplin dan semangat yang tinggi dalam mendengar penerangan dengan teliti dan memahami tunjuk ajar kami.
 
                   Walaupun ada sebahagian yang agak gementar tetapi dengan usaha dan tunjuk ajar dari 2 orang Sifu ATV  EXTREME ZONE , maka rasa kurang yakin dan gementar dapat di atasi oleh peserta . 

SYABAS UNTUK SEMUA PESERTA ...
 

 
 
 
 




 
 
 
 
 
 
 
  WELCOME TO ATV’er  ELITE CLUB...

Sabtu, 2 Februari 2013

THE SIGN OF ESTABLISHMENT ...

SALAM 1 MALAYSIA,

ATV EXTREME ZONE LANGKAWI    telah mula beroperasi secara rasminya pada 26/1/2013 . Sebagai permulaan, pihak ATV EXTREME ZONE menawarkan beberapa PAKEJ TOUR menggunakan ATV kami di sekitar GUNUNG RAYA DAN ULU MELAKA.

KEPADA SEMUA PELANGGAN KAMI & PEMINAT ATV SEANTERO MALAYA ..... 
...  anda bakal dihidangkan dengan pemandangan menarik (Natural Landscape)yang menjadi kebanggaan Pulau Lagenda ini seperti Gunung Raya, Empangan Padang Saga, Sawah Padi seluas mata memandang, menyusuri Kebun Getah dan bukit, Buffalo Park, Air Terjun Lubuk Semilang serta berbagai permukaan trek yang mencabar dan menguji ketahan mental dan fizikal anda. 

              ANDA BERANI MENCUBA ....?? READY TO GET DIRTY ???...    
                                      YOU ARE MOST WELCOME ...........

PAKEJ A ( BEGINNER )...

... Anda akan dibawa menyusuri Sawah Padi disekitar 3km dari ATV Base Camp kami . Dalam perjalanan ini juga, anda akan dibawa berATV di sekitar tali air dengan permukaan bersesuaian untuk penunggang ATV permulaan .. Anda akan diiringi oleh seorang Jurupandu Tempatan ( Local ATV Marshal) yang berpengalaman. Anda juga akan dibawa ke Empangan Padang Saga dan melintasi anak terusan Empangan.. Nikmati keseronokan ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda..... 

                            MASA BERIADAH       :    30 - 40 Minit.
                            HARGA PAKEJ            :    RM    110. 00



PAKEJ B ( INTERMEDIATE)

...Menyusuri sawah padi dalam radius 3km dari ATV Base Camp , Pemandangan yang memukau bakal disajikan untuk anda. Berlatarbelakangkan Gunung Raya, anda akan melalui trek sedikit berbukit yang bakal menjanjikan debaran tahap sederhana. Empangan Padang Saga yang menarik, trek ke Buffalo Park , Perkampungan Tradisional yang bersih lagi mendamaikan akan anda rasai sepanjang perjalanan ini..

Bawa baju persalinan bersama anda kerana anda bakal diseliputi oleh debu, selut. air sungai dan berbagai la         Bukan kah ini pengalaman menarik untuk anda ingati ???...

                               MASA BERIADAH   :     60 - 70 Minit
                               HARGA PAKEJ        :     RM 200 .00



PAKEJ C ( EXPERT )

ANDA PENUNGGANG ATV YANG HEBAT???...  BELUM TENTU LAGI ...selagi anda belum melalui trek yang kami sediakan ini.....    Ini Pakej Hebat untuk anda ... Perjalanan menyusuri sawah padi yang luas adalah sebagai "Pemanas Badan" tahap pertama untuk anda ... Empangan Padang Saga pula sebagai "Warm-Up" tahap ke-2 anda .. seterusnya anda akan dibawa menyusuri tebing sungai/tali air yang berliku dan curam ...

Here is where all the extreme stuff begin !!! ... cuba kehandalan anda dengan melalui Permukaan Extreme Kuari Pasir Padang Gaong yang mendaki dan menurun pada tahap 20-30 Darjah Kecuraman.. Jika anda berjaya melalui tahap ini, anda bakal dihidangkan pula dengan melalui Permukaan Extreme Tahap Gigil Dan Lembik Lutut .. pada kecuraman 30-45 Darjah bakal menanti anda .. anda bakal merasakan "Adrenalin Rush" dalam badan anda melebihi kebiasaan..
Sampai bila nak hidup dengan adrenalin Rush yang biasa-biasa je ???... ALLOW US TO HELP You push to Maximum Limit !!!....

Akhirnya , anda akan diiringi ke Air Terjun Lubuk Semilang untuk berendam dan menyejukan kaki dan peluh anda selama 15- 20 min serta menghilangkan gigil lutut anda ... Snek dan air akan kami sediakan sebagai hadiah untuk anda kerana telah melepasi tahap Extreme ciptaan kami ... ADA BERANI ????

                              MASA BERIADAH  :  90-100 Minit
                              HARGA PAKEJ       :  RM 250 .00


        HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN ...

             ATV XTREME ZONE :    04 - 9552063
                     Bro  LAN          :  016 - 9635050
             

                                WAIT FOR OUR NEXT POST SOON...
a                                    nd will upload our candid camera shot............






                                                 
                                                                                                     TOUR MARSHAL

TREK UNTUK INTERMEDIATE RIDER

                                  
                                                                                      EMPANGAN PADANG SAGA
BRAVO... Tamat Latihan ATV -Berlatarbelakang Gunung Raya

                                   
                                                                            Menyusuri Sawah Padi


En.Rahim & Family Dari K.Lumpur..


                      ATV Convoy....



                                                 
                                                                            Batas Sawah- Korner "S"


TRAIL FOR EXPERT