Rabu, 20 Februari 2013

KURSUS "TEKNIK PEMANDUAN ATV( BASIC)"




Assalamualaikum Warahmatullah w.b.r..

SALAM 1 MALAYSIA.....

                     Pada 17/02/2013   ATV EXTREME ZONE   telah berpeluang mengadakan satu sesi Kursus "Teknik Pengendalian ATV ( Basic)" di Perkarangan Parking LADA Langkawi. Kursus dijalankan secara kolobrasi bersama Kolej Komuniti Langkawi sempena Karnival Program "Semarak Kasih Bersama Rasulullah" .

Seramai hampir 35 peserta terdiri dari Siswa/Siswi Kolej Komuniti Langkawi serta Pensyarah Kolej telah mendaftarkan diri bagi menyambut cabaran menyertai sukan permotoran lasak ini. Terdapat juga peserta kursus dari kalangan pengunjung tapak karnival yang turut serta mendaftarkan diri.

                ATV EXTREME ZONE   dibantu oleh 2 tenaga pengajar mahir ( Sifu Rosli / Sifu Hanif - Marshall ) telah berjaya mengendalikan kursus tersebut tanpa sebarang kecederaan atau masalah. Manakala Cik Puteri bertugas di ATV Base . Kedua Sifu di atas dan petugas ATV Base dengan segala kepakaran yang ada telah mengajar serta mengiringi peserta-peserta mengendalikan ATV dengan berkesan.
 
                     Adapun .... kejayaan kursus ini juga adalah di atas inisiatif peserta sendiri kerana mempamerkan disiplin dan semangat yang tinggi dalam mendengar penerangan dengan teliti dan memahami tunjuk ajar kami.
 
                   Walaupun ada sebahagian yang agak gementar tetapi dengan usaha dan tunjuk ajar dari 2 orang Sifu ATV  EXTREME ZONE , maka rasa kurang yakin dan gementar dapat di atasi oleh peserta . 

SYABAS UNTUK SEMUA PESERTA ...
 

 
 
 
 




 
 
 
 
 
 
 
  WELCOME TO ATV’er  ELITE CLUB...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan